Saturday, 23 February 2013

Shame on me. Argh. Malunya.

Assalamualaikum ..



Holla u oll.. Dah sarapan? Kalau sarapan, sarapan benda-benda yang berkhasiat tau. Hari ini, saya bersarapan anlene, and the apple. Anlene untuk tulang, Apple untuk badan. Sihat tak? :D
Ohh.. about the tittle yang kat atas tu... kisah benar saya masa kat dalam kapal. Kisah benar okay. I wish.. ini semua adalah mimpi. Tapi.. ini semua poyo! EHHH?
So, cerita nya mula cenggini...

Pada suatu hari, ketika saya menaiki kapal terbang AirAsia... datang seorang jejaka duduk di sebelah saya. Yalah kan, dah seat dia kat sebelah tu, nak buat macamana. Kat hujung tu pulak, ada kakak tu. Dah kawin kot. Gaya dah macam bini orang jew. Hamboi! dah jadi mak jemah dah haku ni. 
Ok-ok. Then, memang kejadian ni berlaku pada sem 3. Masa ni nak balik ke Sabah. Cuti Semester sebulan kut.. tak kan nak dok kolej kan. Pastu, selepas beberapa minit kemudian... Kapal tu pun berlepas. And selang beberapa minit kemudian, attendant kat kapal tu cakap lah.. ada penjualan makanan sedang berlaku.. kepada sesiapa yang dah tempah bla bla bla. Hah. time ni tersangat lah lapar ok. Masa ni saya sengaja tak tidur lagi, nak tunggu stewardress2 tu jual makanan. Abang kat sebelah saya ni dah dibuai mimpi agaknya. Nyenyak jew.
Selepas kakak2 stewardress ni bagi makanan. Turn kami lak nak beli makanan. Then, what food i bought.. was Chicken rice. Nak tandoori senanya... tapi, perut ni nak nasi. So,, beli nasi aye lerr.
Dah beli lah kan. Hah! babak ni lah... yang tak leh bla... Dan masa ni lah u oll tak sabar nak dengar kan. Masa tu, dia bagi lah kan kicap and sos (saya pun tak dapat kenal pasti, sos atau lada ). Then, part nak buka benda ni memang susah.. Dah lah atas kapal kan, bagi pulak sos cenggitu dalam plastik yang susah nak buka. Nak gigit, malu pula. Buruk rupanya gigit2 plastik depan khalayak ramai okay.
Selepas beberapa kali usaha nak buka plastik tu. Fuhhh! masih tak dapat-dapat lagi.
Then, terpaksa lah.... buat muka tak tahu malu, gigit benda tu. Tapi kan, tapi kan... saya gigit dengan sepantas kilat. Hahah yelah.. kot-kot ada orang nampak kan. 
Hah. dah gigit dah ni... pastu yang tak leh bla lubang yang saya gigit tu kecil.* Masa tu, tak leh nak sabar dah. Lapo giler2*
Lantak lah kau. Kecil tak kecil haku nak makan juga! Memang tahap kelaparan sang gergasi dah masa tu. Time nak picit sos yang kat plastik yang berlubangkan kecil sahaja tu... masa tu lah saya sangat malu. Pa tak nya... sos tu tersembur kat abang yang tengah tidur lena kat sebelah ni.. shawl saya memang tak yah cakap lah. *bersembur habis, macam dak kecik yang baru belajar nak makan*
Dia terbangun lak tu.. Lepas dia bangun tu, secara otomatiknya tangan dia tu lap muka dia. Dia perasan yang lada-lada tadi tu tersembur kat muka dia. ohh.. lagi saya serba salah. 
Pastu, memang minta maaf berabis saya kat abang tu..Rasa macam nak pakai kotak sahaja untuk balut muka masa minta maaf tu. Malu okay! nasib dia jenis yang supporting, ad banyak senyum. Dah lah lada yang tersembur kat dia. Time dia tidur pulak tu. Kalau dah orang lain, memang lunyai saya kena maki. 
Alhamdulillah.. dia maafkan. Dan saya pun teruskan makan makanan yang ada tu... Lepas selesai makan, lap-lap sikit semburan sos tadi tu kat depan seat. Memang tak leh bla. Malu tahap dewa! Aishk.. pas ni.. dah tak nak oder nasi ayam kat atas kapal. Dah serik!
So, kepada abang tu .. terima kasih.. kerana tak marah ke saya. Dan maaf mengganggu mimpi... 
Abang sangat best! :D
ok lah, pengajaran untuk diri sendiri dan langkah berhati-hati untuk u oll semua. Moral value is... kena belajar bersabar dengan karenah orang, dan jangan oder nasi ayam kat atas kapal.
Assalamualaikum. bye-bye.. titik.

❤Terima kasih kerana sudi singgah!❤

1 comment:

Nadya Bubble said...

Al-Quran Pelangi ! Ready stock ;) http://bit.ly/10AVN8H