Monday, 18 February 2013

Bibir yang cantik dan sihat.



Assalamualaikum...
Hye u oll! So, malam ni... nak share sikit pasal tips bibir ni. Macam biasa, saya suka guna bahan-bahan yang senang nak buat sendiri. Oklah, tak nak cakap panjang... jom tengok ni.


1. Kekalkan kelembapan bibir
Salah satu tip yang paling penting, adalah sentiasa lembapkan bibir u oll. Tapi, bila u oll apply benda-benda ni ke bibir anda, mesti dalam circular motion gak lah. Ini boleh menghindarkan dari bibir anda daripada kelihatan kering dan kekalkan warna dalam ke pink an dan ke rossy an. (amboi! bahasa malaysia aku ni)
So, u oll kena guna petrolleum jelly or vaseline setiap malam.


2. Madu dan Ros
Campurkan beberapa titik madu, dan setitik air dari bunga ros. Sapukan ke bibir untuk kesan rossy dan merah jambu. yeay!


3. Butterlicious!
Sapukan mentega ke bibir setiap malam untuk mendapat kesan yang lembut dan bibir yang cerah.


4. Diet!
Untuk mendapat bibir yang kemerah jambu-an, u oll kena jaga diet u oll tau. Kena lah makan benda2 yang berkhasiat. Dan elakkan daripada mengambil TEH dan KOPI. Dan juga! merokok. No, no, no. Benda-benda tu semua, boleh buat bibir u oll hitam okay.


5. Gliserin, air bunga ros dan kunyit.
Campurkan gliserin, air bunga ros dan kunyit pada malam hari sebelum tidur. U oll pasti terkejut dengan efek campuran ni! walaah.


6. Sunscreen
Gunakan lip gloss dan seterusnya lapis kan dengan pelindung matahari, *tak kira lah what brand * sebelum keluar di bawah cahaya matahari.


7. Lip Balm
Buat lip balm sendiri, iaitu dengan mencampurkan 1 sudu teh jus stoberi dan 2 jus petrolleum.


8. Jus Lemon
Urut kan bibir anda dengan menggunakan jus lemon dan cuci. TAPI, JANGAN biarkan terlalu lama di bibir anda okay.

So, taddaaaa~
:D good luck.titik.

❤Terima kasih kerana sudi singgah!❤

No comments: