Wednesday 23 January 2013

8 cara efektif bagi kulit yang berminyak.

Assalamualaikum dan Hello guys!



First of all, salam maulidur rasul kepada semua umat Islam di dunia ni.
So, today... saya nak share petua-petua kecantikan. Ceh, macam mak andam pulak kan?
Btw, dont worry ... kesemua ni menggunakan alam semulajadi yang selamat digunakan. And of course! jimat. 
So, apa tunggu lagi? pegi lah ambil pen tu! :)



  •  Gel aloe vera.

Fakta: Gel daripada aloe vera sangat berkesan bagi menyerap minyak yang berlebihan dari kulit. 
Juga, dapat membantu bagi membersikan pori-pori kulit dan mengelakkan daripada berminyak.

Cara; Sapukan pada kulit anda sebanyak 3 kali (sekurang-kurangnya) sehari (dah macam makan ubat dah). Ini bagi mengawal penghasilan minyak.Muka juga akan tampak segar! cerr try! :)




  • Salt Spray?

Yang ini unik sikit. Tapi berkesan! Nak tau camana?

Cara: Sediakan 1 sudu teh garam, dan letakkan di 'spray bottle'. Leas tu, isikan air. Lepas tu goncang (sepuas-puasnya). Lepas tu, tutup mata, dan sembur dalam quantiti yang sedikit  ke muka anda, SEKALI sehari dan biarkan ia kering. 
Dan hasilnya? NO oily dah kan? kan? kan?


  • Gunakan kosmetik yang berasaskan air
 Fakta: Bagi orang yang mempunyai oily skin, HINDAR kan daripada menggunakan foundation. Sebab, foundation ni akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak. Hal ini kerana, lebihan 
minyak dah di perangkap dah oleh si foundation ni.

So, anda digalakkan memilih kosmetik yang berasaskan air. Ini bermaksud, JANGAN pilih kosmetik yang berasaskan minyak semata-mata. 
Tolong elakkan daripada penggunaan foundation krim, dan PILIH gel atau serbuk. Good luck!


  • Susu

 Fakta: Susu juga dikatakan antara bahan yang berkesan bagi mengelakkan daripada minyak yang berlebihan daripada kulit tanpa menyebabkan kekeringan. 

Cara: Sebenarnya terdapat banyak cara, tapi nak kongsi cara ni lah. Sapukan susu tersebut di muka anda, biarkan selama beberapa minit, scrub secara perlahan-lahan dan cuci! tapi... cuci dengan AIR SEJUK tau. 

Tapi bagi yang sesetengah orang yang memiliki minyak yang terOVER sangat, bolehlah gunakan cara ni. ambil seketul ais, dan celupkan di larutan susu. Lepastu, sapukan di muka dan biarkan selama beberapa minit.
tadaaa~~~ lebihan minyak dah hilang! dah segar dah, :)


  • Baking Soda!
Cara: Sediakan 1/2 sudu teh bagi Baking Soda tersebut. Lepastu, letakkan ke dalam botol yang mengandungi larutan sabun (yang berquality okay). Lepas tu goncang (sepuas-puasnya sampai penat :p). Lepas tu, tuangkan di tangan anda dalam kuantiti yang sikit tau. Lepas tu sapukan di muka dengan perlahan-lahan , FOKUSkan kawasan PIPI dan HIDUNG. lepas tu, bersihkan dengan air sejuk.

Fakta: Air sejuk digunakan bagi mengelakkan ekstra-minyak . Cara ini juga berkesan bagi mengeluarkan bintik-bintik hitam.


  • Air Sejuk
 Fakta: Air sejuk juga terlibat dalam mengeluarkan minyak yang berlebihan dari muka dan JIMAT! 

Cara: Percikkan air sejuk tersebut ke muka anda, dan biarkan ia kering. Ulang proses yang SIMPLE tahap dewa ni selama 4 hingga 5 kali sehari. Ini boleh mengehadkan penghasilan sebum dan mengeluarkan minyak yang berlebihan kepada tahap yang tertentu.

PERINGATAN: jangan TEROVER buat cara ni, terutamanya pada musim sejuk. Bukan apa, takut anda semua kesejukan pula. ^.^


  • Kuning Telur
 Fakta: Telur adalah makanan yang membuatkan badan anda sihat! Tapi, tahukah anda telur juga mempunyai kegunaan yang lain? Of course! ia boleh dijadikan MASKER.Juga, boleh mengeluarkan minyak yang berlebihan. Ia mengeringkan kulit muka, oleh itu, minyak yang berlebihan pun dapat dikurangkan.

Cara:  Part ni, kita cuma menggunakan kuning telur sahaja.(Yang putih telur tu, jangan buang. GORENG!:p). 
Sapukan kuning telur pada muka anda. Dan biarkan selama 15 minit. Selepas tu, cuci dengan air sejuk. 

Almond meal

  • HOMEMADE scrub?
Bagi cara ni, terpulang lah kepada sesiapa nak follow tau tak. Tapi kepada yang rajin nak buat scrub tu, jom try! 

Fakta: cara yang berkesan bagi scrub adalah dengan menggunakan MADU dan BADAM. Badam mempunyai keistimewaan iaitu pemutih kulit yang semulajadi. Oleh itu, ia juga boleh digunakan bagi mengeluarkan minyak-minyak dari kulit anda.

Cara: Sediakan ALMOND MEAL dalam kuantiti yang sedikit, dan campurkan dengan sedikit madu. (sukatan tu tentukan sendiri, tapi jangan terlebih. sedikit jerr). Lepas tu, sapu kan di muka campuran tadi. Selepas tu, urut perlahan dalam beberapa minit. Lepastu, cuci lagi dengan air sejuk.

Tinkkkk~~ freshy look kan? kan?

Alaa... dah habis dah petua bagi muka yang berminyak ni. Ehh, tapi selain cara di atas , anda juga tidak digalakkan bagi mengambil makanan yang berminyak dan makanan yang segera. Seperti KFC, MACD... no no no! okay? so.... Good luck kawan-kawan! :)



❤Terima kasih kerana sudi singgah!❤

No comments: