Thursday, 16 June 2011

Rahsia disebalik lirik Judas. (THINK ABOUT IT BUDDY)

MV ini penuh dengan simbolik yang sangatlah berat untuk memahami. Serius. SANGATLAH SIMBOLIK. Penuh dengan mesej yang membuatkan kita befikir perah otak. Well sebagai MV yang paling mahal di dunia dengan menelan belanja $1o million. What can u expect kan?


MV dimulakan Lady Gaga yang memegang watak sebagai Mary Magdalene iaitu ada terdapat dalam Bible sebagai seorang wanita "pelacur" dan Mary Magdalene adalah pelajar kepada Jesus dan Jesus ada perasaan cinta kepada Mary dan mengatakan yang mereka ini adalah pasangan kekasih.


Di permulaan MV dah memang nampak yang Lady Gaga adalah kekasih kepada Jesus. Bonceng motor bersama-sama. Senyum-senyum dan nampak begitu bahagia. Dia seronok bila bersama-sama dengan Jesus.



Tapi dalam duk seronok kalau boleh lihat time tengah naik moto tu. Lady Gaga still pandang-pandang kepada Judas. Yes. Judas ni pun kawan Jesus jugak. Tapi sanggup rampas awek kawan sendiri. Khianat.


Dan kalau boleh tengok. Ada 12 orang yang naik motosikal. Itu adalah macam pengikut atau "Rasul" Ada jugak terdapat dalam Bible.

"And when it was day, he called unto him his disciples: and of them he chose twelve, whom also he named apostles…"



Then.

Merah selalu membawa maksud like penuh nafsu/berahi. Dan itu ditunjukkan pada part Lady Gaga menari dengan memakai baju merah yang menguatkan lagi bahawa Lady Gaga/Mary adalah seorang pelacur.


Okay selepas itu dia pergi ke sebuah "Bar" Electric Chapel. (Electric Chapel ni nama untuk lagu Lady Gaga jugak)

Dalam "bar" ini ia lebih menunjukkan perubahan pula yang Lady Gaga simbol yang dia adalah seorang manusia dan perempuan yang tidak sempurna tetapi baik yang jauh dari karekter pelacur dia tadi.


Dalam ni lah semuanya bermula. Judas pun tunjuk belang. Judas ingin merapati Lady Gaga.


Tapi, Jesus menjaga Lady Gaga agar tidak terjerat dengan Judas. Jesus berusaha menjauhkan Lady Gaga daripada Judas. Semua orang dalam "bar" tu juga mahu Judas jauh dari Lady Gaga. Kerana semua tahu bahawa Judas adalah jahat. Jesus pula baik. Tapi Lady Gaga still ada hati dekat Judas.


Judas, Jahat/Kaki perempuan/Suka buat khianat



Then pergi kepada part "menembak".

Disini menujukkan cinta sejati Lady Gaga kepada Judas. Iaitu Lady Gaga menepis Jesus yang ingin membunuh Judas tetapi Lady Gaga menahan Jesus dan "berpura-pura" untuk membunuh Judas. Then. Lady Gaga tengok belakang dan semua orang disekeliling juga menyokong bahawa Judas patut mati. Tetapi kerana cinta dan tidak sampai hati, Lady Gaga tidak membunuh Judas dan simbol "menembak" menggunakan lipstik dan bukannya peluru. Dan akhirnya Lady Gaga melutut kerana tidak sanggup dan menyesal dengan perbuatanya dan minta dimaafkan.


Lepas tu pergi ke part "Ombak".

Part ombak simbolik. Lady Gaga berdiri adalah kerana ingin melalui proses "mencuci dosa" dengan apa yang dia telah lakukan kepada Jesus dan Judas. Dan yes. "ombak" itu telah "mencuci dosa" Lady Gaga.

Dan tunggu. Ada part dia basuh kaki.

Dia membasuh kaki Jesus. Itu simbolik juga. Simbolik yang dia sanggup buat apa sahaja untuk Jesus (sebab cinta) sehingga membasuh kaki Jesus yang juga bermakna dia semakin "suci" dan semakin rasa dimaafkan.


Part dalam tab mandi. Lady Gaga bertiga dalam Tab Mandi tu. Iaitu Dia, Jesus dan Judas.

Itu simbolik yang Lady Gaga kena buat pilihan. Pilih. Ingin bersama Jesus atau Judas? Atau dalam kata lain. Pilih baik atau jahat? Tetapi dia memilih Jesus(baik). Dan part ni sesuai dengan lirik "Jesus is my virtue, Judas is a DEMON I cling to" Ini maksud yang kita kena ikut perintah Tuhan. Tapi kenapa kita bodoh nak jugak ikut syaitan? Dalam MV ni pula bermakna, dia still cintakan Jesus. Tapi still nak bersama dengan Judas.


Dalam Tab Mandi tu juga ada part Judas menuang bir di punggung Lady Gaga.

Ini menunjukkan yang Judas still anggap yang Lady Gaga ni pelacur dan sampah walaupun Lady Gaga cinta pada Judas yang suka khianat dia. Kalau ikut kata lain, syaitan tu layan kita macam bangang. Tapi kita still ikut syaitan yang bangang tu kenapa? Kenapa tak ikut yang baik ja?


Then part Judas mencium pipi Jesus. Itu hanyalah Judas just nak membuat Jesus marah lagi. Macam perli lah.

Then Lady Gaga jatuh melutut di depan Jesus.

Dia merasakan satu penyesalan yang besar. Lady Gaga minta dimaafkan. Dan yes. Jesus memaafkan Lady Gaga (lagi sekali) dengan mencium dahinya. dan seperti mengatakan "Tidak apa-apa. Saya memaafkan kamu."


Part berpakaian baju pengantin.

Dia dibaling batu oleh penduduk sehingga mati. Ini simbolik kerana dalam Bible, sepatutnya Judas yang patut dilempari batu sampai mati kerana Judas terlalu jahat. Tetapi dalam video ini. Lain pula jadi. Simbolik dengan Lady Gaga mengambil tempat Judas dan sanggup mengorbankan dirinya untuk lelaki jahat bernama Judas. Ini tunjuk erti cinta yang kuat.
❤Terima kasih kerana sudi singgah!❤

2 comments:

Manjae said...

Haha ! . Sandii . Aku Taw Baa Storii Nya Sayangggg . Tapii Aku Cuma Suka Dgr Shak . Haha . Gylak Kaw Nie . Haha . HEBAT !

Anonymous said...

Haha....lol..u guyz see this world in full spectrum padahal dunia ni cuma ada monochrome light saja yg dibiaskan (cuba tafsirkan sendiri...use what god had given u)....ur juz another person brainwashed by the govt and the 'enlighted' ones...